Selasa, 08 Februari 2011

TRUE TYPE FONT


True Type Font telah menjadi standard font kebanyakan sistem operasi besar seperti Microsoft dan Apple Mac. Dalam True Type Font, huruf disimpan dalam format outline. True Type Font sendiri terdiri dari 2 komponen yaitu : File True Type Font dan True Type Rasterizer. Pada File True Type Font terdapat tabel-tabel yang menyimpan informasi dan karakterisitik dari font. Dengan menentukan data-data pada tabel-tabel itulah, maka font dapat kita atur penampilannya sesuai dengan yang diinginkan. True Type Rasterizer adalah perangkat lunak yang sudah built-in pada sistem operasi. Pada proses penampilannya,True Type Font akan menskala font ke ukuran yang diinginkan kemudian Rasterizer akan membentuk bitmap dari karakter tersebut ke layar atau printer.
       Program yang dibuat terdiri dari 2 bagian utama, yaitu : program Font Creator dan program Translator. Program Font Creator digunakan untuk membentuk True Type Font huruf Jawa sedangkan Program Translator digunakan untuk mengubah huruf Latin menjadi huruf Jawa kemudian ditampilkan pada Microsoft Word.
       Program Font Creator dan Program Translator dapat berdiri sendiri. Secara umum, Font Creator akan membuat file True Type Font huruf Jawa sedangkan Translator akan menggunakan True Type Font huruf Jawa tersebut yang terlebih dahulu telah terinstall dalam sistem operasi. Pada program translator, pemakai dapat memberi input berupa kalimat dalam huruf latin kemudian program translator akan mengubah menjadi huruf Jawa yang dikeluarkan pada program aplikasi Microsoft Word. Pemakai juga dapat menampilkan huruf Jawa yang diinginkan secara langsung pada Microsoft Word dengan catatan pemakai harus terlebih dahulu mempelajari keyboard mapping true type font huruf Jawa yang digunakan. Agar pengetikan dengan huruf Jawa sesuai dengan yang diinginkan, hendaknya fasilitas AutoCorrect pada aplikasi Microsoft Word dimatikan.

-TUJUAN MEMILIH PASANGAN-


Memilih Pasangan
Date: Wednesday, October 2010
Topic: Famili

Memilih pasangan adalah perkara penting dalam bagi orang yang hendak mendirikan rumah tangga. Bab ini menjawab beberapa persoalan berkenaan memilih pasangan bagi mereka yang bakal mendirikan rumah tangga

Memilih pasangan adalah proses yang penting dalam ke-hidupan seseorang. Ia juga adalah proses pertama sebelum mewujudkan hubungan yang lebih intim. Ia me-nentukan dengan siapa orang itu akan hidup bersama untuk berkasih sayang, berkongsi susah dan senang sepanjang hidupnya. Pemilihan pasangan yang tepat dapat menjamin kebahagiaan perkahwinan dan kesejahteraan keluarga dan jika sebaliknya, ia dapat menimbulkan konflik yang berpanjangan dan seterusnya mengakibatkan keruntuhan sebuah institusi keluarga. Bukhari dan Muslim melaporkan nabi Muhammad SAW pernah berkata, “Seorang wanita dikahwini kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana kecantikannya, kerana keturunannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah wanita yang taat beragama, nanti engkau akan beruntung.” Hadis itu jelas menunjukkan proses memilih pasangan adalah antara proses yang penting dan kritikal dalam me-nentukan masa hadapan seseorang. Ia harus dilakukan secara teliti dan mengambil kira faktor tertentu sebelum pemilihan dilakukan. Adakah pilihan ibu bapa lebih tepat berbanding pilihan sendiri? Cara memilih pasangan berbeza antara satu masyarakat dengan masyarakat lain. Misalnya, siapa yang berhak membuat pilihan? Dalam sesetengah masyarakat, pemilihan pasangan untuk anak dibuat oleh ibu bapa ataupun ahli keluarga yang lebih tua. Di Malaysia khususnya, per-kahwinan yang diaturkan ini banyak berlaku pada zaman dahulu dan perubahan masa mengubah prosedur pemilihan pasangan di mana individu membuat pilihan pasangan hidupnya sendiri. Apabila sudah mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat, pasangan dapat mengenal pasti ciri kesamaan, ketidaksamaan serta tahap keserasian masing-masing. Tahap kesesuaian yang tinggi membuatkan kedua-duanya lebih tertarik antara satu sama lain dan membolehkan komitmen dibuat di antara kedua-dua pasangan misalnya menjalin hubungan cinta dan seterusnya mengikat tali pertunangan. Walaupun ibu bapa kini tidak lagi terlibat secara total dalam pemilihan pasangan, mereka masih lagi menggunakan autoriti bagi menentukan kumpulan individu yang sesuai untuk dijadikan kawan dan rakan sebaya dengan andaian pasangan mereka datang dari kelompok itu juga. Pengaruh ibu bapa juga masih jelas dalam pemberian keizinan atau persetujuan ke atas pasangan yang dipilih oleh anak mereka dalam situasi masyarakat di negara ini walaupun Malaysia semakin pesat membangun dalam arus teknologi pelbagai bidang Namun, tidak dinafikan, masih ada yang mengamalkan adat resam lama dengan andaian dan harapan bahawa pilihan yang dibuat oleh orang tua lebih tepat kerana mereka ini lebih berpengalaman. Kedua-dua cara ada kebaikan dan ada kelemahan tersendiri. Bergantung pada diri kita cara mana yang hendak diamalkan. Apakah perkara yang perlu dipertimbangkan dalam memilih pasangan? Walau apa pun prosedur yang dipilih, terdapat faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam proses memilih pasangan. Faktor pemilihan itu bergantung pada cita rasa dan matlamat seseorang dalam kehidupan perkahwinan-nya. Antaranya adalah ciri sekufu, umur dan status kesihatan. Sekufu yang dimaksudkan merangkumi aspek agama, keturunan, kecantikan dan harta. Ciri sekufu Konsep sekufu dalam Islam bagi memilih pasangan misalnya, sesuai diaplikasikan oleh semua bangsa khusus-nya di negara ini. Kufu digalakkan kerana ia penting kepada suami dan isteri dalam membentuk keluarga yang bahagia kerana perkahwinan adalah ikatan sepanjang hayat. Walaupun begitu, konsep ini lebih dititikberatkan pada pihak perempuan demi mengelakkan keaiban ke atas keluarga pihak perempuan apabila memilih lelaki yang lebih rendah kufunya. Sebaliknya, lelaki yang memilih wanita yang lebih rendah tarafnya dapat mengangkat taraf isterinya mengikut kedudukan suami. Dalam konsep ini, terdapat empat perkara penting yang perlu dipertimbang-kan dalam memilih pasangan. Agama Individu digalakkan mencari pasangan yang seagama. Ini bertujuan memudahkan proses penyesuaian apabila mereka berkahwin kelak. Malahan, bagi memilih bakal suami, wanita juga digalakkan mencari lelaki yang soleh, tajam pemikiran, dan mempunyai pendidikan agama yang sempurna supaya suami dapat melayani isteri dengan baik dan memberi nafkah yang sewajarnya. Pada kebiasaannya, pihak orang tua memikirkan asal usul keturunan dan harta tetapi jarang menitikberatkan soal keimanan. Sesungguhnya rupa paras dan harta tidak kekal lama tetapi iman mampu bertahan walaupun jasad sudah dimamah usia. Antara kelebihan orang yang beriman adalah hatinya lebih tulus, kesabarannya tinggi dan tingkah lakunya lebih mulia. Walau bagaimanapun, tidak salah memilih pasangan yang berlainan agama ataupun bangsa untuk dijadikan teman hidup dan ini dikenali sebagai ‘perkahwinan campur’. Namun, bagi individu beragama Islam yang ingin mengahwini pasangan bukan Islam, pasangan itu mesti memeluk Islam terlebih dahulu. Malahan, per-kahwinan campur dikatakan mampu meluaskan jaringan sosial lebih-lebih lagi dalam negara Malaysia yang mengamalkan masyarakat majmuk. Isu yang timbul di sini adalah proses penyesuaian yang lebih rumit perlu dilakukan oleh pasangan kahwin campur demi menjamin kejayaan perkahwinan itu. Kelas sosial atau keturunan Mengikut konsep sekufu, individu juga digalakkan memilih pasangan yang setaraf daripada segi kelas sosial. Ini bertujuan mewujudkan kesamaan daripada segi status sosioekonomi bagi memudahkan penyesuaian per-kahwinan. Memilih pasangan daripada kelas sosial yang sama juga bertujuan mewujudkan budaya yang sama daripada segi persekitaran tempat tinggal dan amalan gaya hidup seharian seperti makan minum, aktiviti berbelanja, aktiviti masa lapang dan pergaulan dengan kawan. Ini kerana individu dalam kelas sosial yang berbeza mengamalkan cara gaya hidup yang berlainan. Namun, daripada aspek positif, perkahwinan antara dua kelas sosial ini mampu merapatkan jurang sosial dan ekonomi yang memang sudah wujud sejak zaman ber-zaman. Ciri individu khususnya kecantikan Tarikan kepada ciri individu khususnya kecantikan adalah faktor yang mendorong kita mendampingi se-seorang. Individu akan tertarik dengan orang lain yang berlawanan jantina berdasarkan ciri-ciri fizikal yang ada padanya. Antaranya adalah kecantikan paras rupa, bentuk badan dan penampilan yang menarik serta bijak mengatur kata-kata. Malahan, tarikan fizikal inilah yang memulakan perhubungan intim sehingga pasangan itu memikirkan kesesuaian lain yang perlu ada bagi meneruskan hubungan hingga ke gerbang perkahwinan. Terdapat juga individu yang memilih pasangannya ber-dasarkan ciri kesamaan. Mereka memilih pasangan yang mempunyai ciri kesamaan seperti sikap, cara berfikir dan faktor fizikal. Misalnya, individu yang mengalami cacat penglihatan berkahwin dengan pasangan cacat peng-lihatan juga. Namun, terdapat juga individu yang mempunyai cita rasa yang berlainan di mana mereka mencari pasangan yang mempunyai ciri yang tidak sama dengan diri mereka di mana ini dirujuk sebagai konsep saling melengkapi. Misalnya individu kurang bijak mencari pasangan yang lebih bijak supaya memperoleh zuriat yang mempunyai daya intelektual yang tinggi. Ada juga individu yang kurang berharta namun seorang yang penyabar mendapat jodoh (pasangan) yang lebih berharta tetapi kurang penyabar. Inilah yang dikatakan sebagai saling melengkapi dalam keseluruhan hubungan pasangan itu. Kesesuaian tret personaliti juga penting dalam memilih pasangan hidup. Ada individu yang tertarik kepada individu lain yang mempunyai tret personaliti yang sama dengannya. Apabila mempunyai tret personaliti yang sama masing-masing dapat saling memahami. Dengan andaian ini individu itu menjangkakan apabila hidup bersama nanti mereka lebih mudah menyesuaikan diri. Walau bagaimanapun, ada juga individu yang bercita rasa sebaliknya. Walaupun begitu, kepercayaan lama menyatakan bahawa kedua-dua pasangan lebih sesuai apabila mempunyai ciri yang bertentangan, misalnya seorang yang bersifat seperti ‘api’ (pemarah) sesuai dijodohkan dengan seorang yang bersifat ‘air’(tenang atau penyabar). Namun, sejauh mana kebenaran ini masih belum dapat dikenal pasti kerana tiada kajian saintifik yang dapat menunjukkan kesesuaian hubung kait antara personaliti suami dan isteri. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan dalam aspek memilih pasangan pada masa kini berbanding dengan suatu masa dahulu. Misalnya, wanita dahulu lebih mementingkan kekukuhan ekonomi bakal suami tetapi kini keadaan berubah. Ini kerana kebanyakan wanita kini mempunyai pekerjaan dan memiliki sumber ekonomi sendiri di mana keadaan ini mengurangkan pergantungan wanita pada lelaki. Namun begitu, wanita mahupun lelaki kini lebih mementingkan aspek seperti kejujuran, ketulusan hati budi dan kepintaran. Fakta Psikologi Memahami Sifat Malu Malu adalah sejenis tret personaliti yang merujuk pada kecenderungan mempunyai perasaan halangan sosial atau mengelak untuk berhubung dengan orang lain. Antara ciri individu yang malu adalah mengelak mewujudkan hubungan mata, mengelak daripada bercakap atau bercakap dengan suara yang terlalu perlahan, sukar, gementar ataupun tidak selesa untuk bercakap dengan orang yang tidak biasa. Walau bagaimanapun, sifat malu yang sederhana dan bertempat adalah normal dan ia adalah sifat mulia seorang Muslim. Namun, malu yang keterlaluan selalu dikaitkan dengan aspek negatif seperti kemurungan, kesunyian, ketakutan, estim diri yang rendah dan pengasingan sosial. Sifat malu ini sebenarnya berpunca daripada beberapa faktor seperti kurang kemahiran sosial dan kebimbangan sosial (terlalu memikirkan kesempurnaan dalam suatu perkara yang melibatkan orang lain). Walaupun begitu, beberapa perkara boleh dilakukan bagi mengurangkan sifat malu yang keterlaluan dan tidak bertempat. Antaranya adalah: Mempertingkatkan kemahiran sosial. Contohnya, cara berhubung dengan individu lain dari-pada pelbagai golongan, memulakan perbualan. Melalui perbualan. Contohnya, mulakan perbualan dengan melontarkan soalan berkaitan pengenalan diri kemudian disusuli dengan soalan terbuka bagi merancakkan lagi sesi perbualan. Taraf pendidikan Taraf pendidikan selalunya dikaitkan dengan pekerjaan atau jawatan yang dipegang oleh seseorang. Sekufu daripada segi taraf pendidikan pula dikaitkan dengan kesamaan daripada segi status sosioekonomi. Secara umumnya, dua individu yang mempunyai taraf pen-didikan yang sama lebih mudah memperoleh kesesuaian dalam pelbagai aspek seperti cara berfikir, berkomunikasi dan bergaul dengan orang di sekeliling. Memilih pasangan yang setaraf daripada segi pendidikan juga bertujuan supaya masing-masing tidak berasa rendah diri dengan keupayaan dan pencapaian masing-masing. Walau bagaimanapun, terdapat juga individu yang lebih selesa memilih pasangan yang mempunyai taraf pen-didikan berbeza. Daripada aspek positif, pemilihan sebegini berupaya menjamin kemantapan ekonomi bagi pasangan individu yang bertaraf pendidikan lebih rendah. Ciri sekufu yang dianjurkan bertujuan mewujudkan ciri persamaan selain mengurangkan jurang perbezaan antara kedua-dua pasangan bagi memudahkan proses penyesuaian perkahwinan. Matlamat ciri sekufu ini adalah hendak memperoleh kejayaan dan kebahagiaan dalam perkahwinan supaya perkahwinan itu berkekalan sehingga akhir hayat kedua-dua pasangan itu. Namun, ini tidak bermakna memilih pasangan yang tidak berada dalam kufu yang sama tidak mampu menjamin kejayaan sesebuah perkahwinan. Ia masih dapat dicapai apabila penyesuaian dibuat secara bijaksana. Ulama mazhab Shafie juga berpendapat, perkahwinan antara pasangan tidak sekufu adalah perkahwinan yang sah apabila mendapat persetujuan daripada pihak perempuan. Umur Pemilihan umur turut menjadi persoalan penting dalam pemilihan pasangan. Lazimnya, individu memilih pasangan yang berada dalam kelompok umur yang sama. Bagi lelaki, mereka lebih selesa memilih wanita yang sebaya ataupun lebih muda. Bagi wanita pula, mereka lebih selesa memilih lelaki yang sebaya ataupun sedikit tua daripadanya. Ini sesuai dengan kehendak tugas dan tanggungjawab suami isteri di mana suami menjadi pelindung kepada isteri perlulah bersikap dewasa dan berfikiran matang. Manakala, isteri pula seorang yang dilindungi, sesuai dengan sikap lemah lembut dan setia kepada suami. Namun, terdapat juga sesetengah golongan masyarakat yang mempunyai cita rasa yang berlainan dalam hal ini. Mereka mempunyai alasan yang tersendiri atas pilihan yang dibuat. Misalnya, lelaki yang memilih wanita yang lebih berusia daripadanya dengan alasan wanita seperti ini berfikiran matang, tidak terlalu bergantung dan mampu berdikari. Status kesihatan Memandangkan zaman semakin maju dan mencabar, manusia mengamalkan gaya hidup yang serba moden. Penyakit kronik pula semakin mudah menyerang manusia. Oleh yang demikian, setiap individu yang hidup dalam zaman moden ini mempunyai risiko yang tinggi mendapat serangan penyakit itu. Kemajuan arus pembangunan menuntut manusia bekerja dengan lebih keras dan merebut peluang yang ada hingga kurang masa hendak beriadah dan bersenam. Selain itu, kewujudan makanan segera khususnya yang tinggi koles-terol turut menjejaskan kesihatan manusia. Pencemaran turut menjadi faktor yang boleh memberi masalah kesihatan selain tekanan kerja yang dapat mendatangkan risiko ke atas kesihatan mental. Oleh yang demikian, status kesihatan turut menjadi pertimbangan bagi sesetengah individu dalam membuat pilihan pasangan hidupnya supaya memudahkan pasangan itu menempuh alam perkahwinan bersama-sama serta menjamin zuriat yang sihat demi kesinambungan generasi. Perkara-perkara lain yang perlu dipertimbangkan Terdapat faktor sampingan yang turut dipertimbangkan dalam membuat pilihan pasangan hidup. Ada individu yang mengatakan faktor ini pelik, namun ada individu yang memikirkan hingga ke tahap yang begitu terperinci. Antaranya adalah bilangan adik-beradik pihak pasangan. Ada individu yang tidak selesa pasangannya mempunyai adik beradik yang ramai ataupun sebaliknya atas sebab peribadi atau pengalaman orang lain berkenaan kebaikan dan keburukan terutama berkaitan aspek perhubungan keluarga. Aturan kelahiran turut diambil kira bagi sesetengah individu. Mengikut kepercayaan lama, ia penting bagi menentukan keserasian misalnya daripada segi perwatakan dan tret personaliti. Di samping itu, ada juga yang mengambil kira tarikh lahir dalam menentukan kesesuaian antara pasangan. Namun, daripada segi kajian saintifik, belum ada bukti kukuh yang dapat mengaitkan aturan kelahiran dengan personaliti seseorang. Walau bagaimana-pun, sejauh mana kebolehpercayaannya bergantung pada pendapat masing-masing. Ada juga individu yang mahukan pasangan pilihan mereka itu anak yatim piatu kerana berandaian pasangan itu tidak terkongkong atau terikat dengan keluarga di sebelah pasangan daripada segi tanggungjawab, komitmen dan sebagainya. Pilihan yang dibuat oleh semua individu bergantung pada rasionalistik, pengalaman dan kesedaran diri serta matlamat hidup masing-masing. Sejauh mana faktor itu diambil kira dan dipertimbangkan oleh setiap individu bergantung pada keperluan dan kehendak individu. Siapa yang berhak menentukan pasangan hidup kita? Siapakah yang terlibat dalam memilih pasangan? Diri sendiri, ibu bapa, ahli keluarga lain ataupun pengaruh rakan? Jawapan pada persoalan ini berbeza antara individu dan masyarakat serta berlainan mengikut peredaran zaman. Mengikut cara tradisional, pemilihan pasangan dilakukan oleh ibu bapa atau ahli keluarga lain yang lebih tua. Tradisi turun-temurun ini menjadi amalan masyarakat sejak ber-abad lamanya. Oleh yang demikian, pemilihan pasangan oleh mereka yang mempunyai autoriti dalam keluarga ini dianggap tepat kerana pemilihan dilakukan oleh orang yang berpengalaman dan mampu menjamin kebahagiaan pasangan hingga ke akhir hayat mereka. Apabila zaman berubah di mana anak-anak mempunyai status sosioekonomi yang lebih baik, anak-anak mula membuat pilihan sendiri dengan andaian ibu bapa tidak memahami kehendak mereka ataupun pilihan ibu bapa kurang sesuai dengan cita rasa mereka. Namun, kedudukan ibu bapa dan ahli keluarga lain tetap dihormati di mana mereka ini masih berkuasa memberi persetujuan sebelum seseorang itu membuat keputusan berkenaan pemilihannya. Selain ibu bapa, tidak dapat dinafikan, wujud pengaruh rakan dalam pemilihan pasangan. Biasanya dalam situasi sebegini, rakan itu harus seorang yang boleh dipercayai, jujur dan mengenali bakal pasangan dengan lebih dekat ataupun sekurang-kurangnya mempunyai maklumat diri dan latar belakangnya. Dalam hal ini, rakan turut ber-peranan dalam membuat penilaian ke atas kesesuaian pasangan yang dipilih. Walau bagaimanapun, seseorang itu haruslah membuat pertimbangan yang wajar dan rasional selepas mengambil kira pendapat orang lain dalam soal pemilihan ini. Walau bagaimanapun, situasi yang paling biasa dunia masa kini dalam pemilihan pasangan adalah pilihan sendiri. Ini berikutan pihak-pihak lain tidak sanggup dipersalahkan apabila pasangan itu mengalami masalah atau konflik apabila berkahwin kelak. Ini juga memberi laluan kepada individu itu untuk rasa berpuas hati dengan pilihannya sendiri dan bertanggungjawab atas pilihannya dan ber-usaha mencapai kebahagiaan dalam perkahwinan tanpa campur tangan orang lain. Apakah faktor yang mendesak seseorang supaya mencari pasangan? Tidak dapat dinafikan, terdapat juga individu yang meng-alami desakan dalam mencari pasangan untuk dijadikan teman hidup. Jika tiada desakan itu, seseorang itu mungkin lewat mencari pasangan ataupun tidak berfikir langsung berkenaannya. Terdapat beberapa faktor yang mendesak seseorang itu untuk mencari pasangan. Antaranya adalah: Iri hati dengan kebahagiaan orang lain: Ada antara individu yang iri hati dengan kebahagiaan perkahwin-an kawan atau ahli keluarga, lalu timbul keinginan hendak mencari pasangannya bagi merasa sendiri nikmat mempunyai pasangan. Faktor usia: Terdapat juga individu yang terpaksa mencari pasangan hidup kerana usia sudah semakin lanjut dan bimbang dirinya akan ‘tidak laku’ kelak. Desakan keluarga ataupun orang di sekeliling: Tidak kurang juga individu yang terpaksa mencari pasangan kerana sudah termakan desakan keluarga ataupun rakan di sekeliling. Apakah alat bantu atau individu yang dapat membantu saya menemui pasangan? Kebiasaannya, kebanyakan individu menemui pasangannya buat kali pertama melalui orang perantaraan ataupun bertemu sendiri dengan pasangan itu di tempat yang tidak disangka dan secara tidak disengajakan. Pertemuan ini meninggalkan kenangan yang manis pada setiap pasangan. Antara perantara yang biasa menemukan pasangan ini adalah: Ahli keluarga Kawan Rakan sekerja Media seperti majalah, melalui ruangan khas seperti ‘sahabat pena’, ‘ahli kelab bulan ini’ ataupun ‘mari berkenalan’. Internet Pertemuan yang tidak disengajakan pula berlaku di banyak tempat awam. Antara tempat itu adalah: Sekolah atau pusat pengajian tinggi Tempat kerja Restoran atau tempat makan lain Majlis keagamaan Pasar raya, perpustakaan, kedai buku Di dalam kenderaan awam seperti bas, kapal terbang ataupun teksi Bagaimana proses memilih pasangan berlaku? Sebahagian besar individu mengalami proses yang hampir sama dalam memilih pasangan. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi dan tahap yang terlibat dalam proses ini. Kedudukan geografi adalah antara faktor yang paling penting dalam menemukan pasangan. Ini kerana kerapatan kedudukan geografi meningkatkan peluang seseorang untuk bertemu dan seterusnya merapatkan hubungan dengan pasangannya apabila memperoleh kesesuaian. Misalnya, ramai yang bertemu jodoh rakan satu sekolah ataupun satu universiti, rakan sepejabat ataupun jiran sekampung. Walaupun begitu, tidak dinafikan terdapat juga individu yang bertemu dengan pasangan yang bukan daripada persekitaran fizikal terdekat. Sebagai contoh, ada individu yang bertemu dengan pasangan ketika pergi bercuti di suatu tempat yang jauh dari kampung halaman-nya. Apabila wujud peluang, perkara pertama yang biasanya menjadi daya penarik seseorang untuk terpikat ataupun meminati seseorang yang lain adalah kecantikan luaran. Ini memang tidak dinafikan dan diakui oleh ramai orang. Daya tarikan fizikal yang ada pada seseorang itu menghasilkan pertemuan kali pertama. Semasa pertemuan kali pertama ini, kedua-dua individu membuat penilaian ke atas aspek lain termasuk sikap, nilai yang dipegang dan tingkah laku. Pertemuan demi pertemuan dilakukan dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Homogamy adalah suatu konsep di mana masing-masing merasai ada persamaan atau keserasian antara satu sama lain hasil interaksi dan perbualan semasa pertemuan. Seterusnya, sebuah perhubungan yang erat akan terbentuk antara individu kelak

ISLAM PRIBUMI


PENDAHULUAN


            Warna keberagamaan yang khas di masyarakat Indonesia tengah menghadapi gugatan dengan kehadiran fenomena radikalisme yang beberapa tahun ini sering muncul. Pemahaman keagamaan yang dianut mayoritas umat dinilai bukan merupakan pemahaman yang benar karena berbeda dengan Islam yang ideal yaitu islam yang dicontohkan oleh salaf al-shalih keunikan ekspresi keberislaman masyarakat Indonesia dicerca sebagai ”kejahiliyahan modern” yang jauh dari Islam yang benar, otentik dan asli. Otentisitas (al shalah) Islam hilang ketika ia telah dicampuri oleh unsur luar. Islam Indonesia kehilangan nilai keasliannya semenjak ia mengakomodasi dan beralkulturasi dengan budaya dan sistem sosial politik lokal. Masuknya budaya lokal dalam ajaran islam sering dipandang bid’ah atau khurafat. Oleh karena itu islam indonesia harus kembali kepada nilai-nilai puritanisasi dan pemurnian. Selain itu juga adanya anggapan bahwa konsepan atau gagasan barat modern telah mengotori islam. Salah satu contohnya adalah sistem polotik demokrasi yang ”skuler”. Sistem tersebut menurut mereka perlu diruntuhkan untuk diganti dengan sistem Islami (nidzam al-islami) yaitu sebuah sistem hidup yang lengkap (kaffah), sempurna (kamil) dan meliputi segala sesuatu (syamil).
            Pergulatan ide dan gagasan mewujudkan sebuah gerakan massa seperti ormas Islam (jaringan Ikhwanul Muslimin, Hijbut Tahrir Indonesia, Majlis Mujahidin Indonesia, Front Pembela Islam, Laskar Jihad). Keberagamaan yang   mereka bawa sering disebut otentik, islami dan kaffah yang mesti diberlakukan diseluruh dunia karena keislaman semacam itu bersifat universal shalih fi kulli zaman wa makan, cocok untuk semua tempat dan zaman.
Dibalik klaim otentisitas dan universalitas ada yang perlu dipertanyakan apakah yang disebut otentik itu mesti ke-arab-araban? Apakah islam yang benar itu mesti galak terhadap yang dianggap bukan berasal dari islam yaitu tradisi lokal dan modernitas? Bisakah budaya bangsa yang ramah, toleran, dan damai bisa berjalan harmonis dengan islam yang benar?
            Proyek otentifikasi dan universalisme islam mengandaikan pandangan dunia (word view) islam sebagai kerangka normatif ajaran yang transenden , baku, tak berubah dan kekal. Karena itu seluruh bangunan tekstualnya mesti merujuk pada sendi-sendi yang termaktub dalam kitab suci al-quran dan al-hadits yang dipandang merupakan ajaran nabi muhammad saw dimakkah dan madinah. Sehingga islam dipandang sebagai ajaran agama yang paripurna dan tidak boleh mengalami modifikasi, konstektualisasi dan perubahan ataupun proses historisasi ajaran.
            Otentifikasi  menurut mereka juga meniscayakan ketundukan kepada teks-teks al-quran dan al-hadits dan pengalaman masa lalu al-shalih dalam bentuk yang tekstual dilapangan sosial polotik. Sebab quran dan sunnah karena ke-transendenannya dianggap tidak bersentuhan dengan budaya manusia. Sehingga sosial politik nabi dan para sahabatnya dianggap sebagai contoh final yang harus ditiru oleh umat islam. Jargon ”islam kaffah” diartikan sebagai realisasi islam dalam seluruh sistem hidup, ekonomi, masyarakat, negara yang lengkap dengan bentuk dan simbol-simbolnya dan islam seperti inilah yang otentik dan universal.
            Pada gilirannya islam yang dipandang sebagai islam otentik adalah islam yang mengikuti tradisi nabi dan para sahabatnya sedangkan islam siluar wilayah itu bukan islam yang otentik tetapi islam yang jauh dari karakter aslinya. Itulah sebabnya sikap keberagamaan islam diindonesia yang telah mengalami akomodasi kultural dianggap sebagai bukan islam otentik karena sudan berubah dari ajaran aslinya.
            Fase awal ideologi purutan telah merusak existensi budaya-budaya masyarakat lokal sinkretisme dan bid’ah telah merusak warna keaslian bangsa yang sudah diwariskan nenek moyang sebagai identitas lokal, sehingga membawa perubahan terhadap pola pikir keberagamaan dari islam lokal menjadi islam universalis dalam praktek ajarannya.
Fase berikutnya purifikasi berkembang kearah sistem sosial politik dan menjadi gerakan ”politik identitas” yang mengikis ekspresi sosial politik islam  indonesia yang ramah, toleran dan moderat. Hal ini ditandai dengan penerapan syariat islam dengan  formalisasi syariat islam.    
            Term ”penerapan syariat Islam” bagi kalangan mainstream umat tidak mesti berwujud pemberlakuan fikih islam sebagai hukum positif negara. Penerapan hukum fiqh bisa dilakukan dalam kehidupan sehari-hari tanpa harus menjadi hukum negara. Karena dengan formalisasi makna keislaman sebagai ketundukan kepada allah dengan sepenuh hati akan kehilangan maknanya. Karena semua peribadatan baru punya arti jika muncul dari kehendak sendiri sebagai cerminan penghambaan, bukan karena ketakutan terhadap sangsi dan hukuman dari aparat negara. Makna ikomah daulah islamiyah (penegakan negara islam) atau tathbiq ala nidham al-islami (penerapan sistem islam) tidak mesti tekurung dalam bentuk-bentuk formal. Islamisasi negara dan sistemnya bisa dilakukan dengan mengubah semangat, nilai dan substansi tanpa menghabiskan energi untuk kepentingan identitas. Terwujudnya negara yang islami adalah negara yang mampuh melindungi kemaslahatan rakyatnya sehingga hak-hak mereka sebagai warga negara terpenuhi , termasuk hak untuk mengekpresikan agamanya secara leluasa.

PEMBAHASAN

Dasar Pluralisme
            Pluralisme merupakan realitas sosial yang siapa pun tidak mungkin mengingkarinya, karena pluralisme juga merupakan hukum Allah (sunatullah). Pandangan pluralisme terkadang merupakan sesuatu hal yang negatif, sehingga kita masih setengah  hati untuk mengatakan atau menerima pluralisme.
            Ketika berbicara pluralisme, mungkin bagi umat Islam sejak kecil mendapat informasi bahwa Islam adalah agama yang terakhir dan satu- satunya agama yang benar. Itulah pandangan- pandangan yang bisa menimbulkan konflik atau kesalahan dalam memahami teks. Pertama marilah kita pahami terlebih dahulu antara pluralisme dengan pragmentasi. Pluralisme cenderung bermakna positif dari pada pragmentasi yang cenderung negatif.
            Pluralisme tidak cukup hanya dipahami dengan mengatakan bahwa masyarakat kita majemuk, beraneka ragam, dan terdiri dari banyak suku. Kalau hanya sebatas itu lebih menggambarkan pragmentasi, keterpecahbelahan, atau pengkotakan.
            Pluralisme harus disertai dengan kesadaran teologis bahwa kehidupan, terutama kehiduapn agama ini memang plural dan itu kehendak Tuhan. Seperti dalam agama Islam
                                                                                 ditegaskan dalam surat al Maidah ayat وَأَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ الْكِتَابِ وَمُهَيْمِنًا عَلَيْهِ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ عَمَّا جَاءَكَ مِنَ الْحَقِّ لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنْكُمْ شِرْعَةً وَمِنْهَاجًا وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَجَعَلَكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلَكِنْ لِيَبْلُوَكُمْ فِي مَا ءَاتَاكُمْ فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ إِلَى اللَّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ
” Dan Kami telah turunkan kepadamu Al Qur'an dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, yaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu; maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. Untuk tiap-tiap umat di antara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, niscaya kamu dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlomba-lombalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah-lah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu.”
            Kemudian Allah menegaskan bentuk pluralisme itu dalam as Syura ayat 8
وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَجَعَلَهُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلَكِنْ يُدْخِلُ مَنْ يَشَاءُ فِي رَحْمَتِهِ وَالظَّالِمُونَ مَا لَهُمْ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ
  Dan kalau Allah menghendaki niscaya allah menjadikan mereka satu umat saja, tetapi Dia memasukkan orang- orang yang dikehendaki-Nya ke dalam rahmat-Nya.”
Allah pun menegaskan dalam firman Nya yaitu dalam surat al Hujarat ayat 13
يَاأَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
 "Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal ".
            Banyak orang yang melakukan dialog antar agama dengan tujuan mencari titik temu yaitu persamaan, jangan mencari perbedaan. Justru yang harus kita cari adalah perbedaan, karena persamaannya sudah jelas yaitu setiap agama membawa misi sebagai pembawa kedamaian dan keselarasan hidup, bukan saja antar manusia tetapi juga antar sesama makhluk ciptaan Tuhan.  Dengan mencari perbedaan itu, kita bisa semakin arif dan mampu memahami orang lain dengan bijak.
            Kita akui bahwa Islam telah berbicara pluralisme, ternyata selain kita, ada pihak lain yang juga meyakini agama yang berbeda. Persoalannya adalah sebagian masyarakat kita ada yang menganggap bahwa toleransi terhadap agama memiliki batasan- batasan yang ketat. Boleh saja ada orang yang berbeda dengan saya, tetapi ketika berbicara soal akidah tidak ada tawar menawar.
            Pernyataan diatas sekilas memang benar. Namun kita harus bisa memahami apa itu akidah atau keyakinan, dan apa yang disebut mutlak? Pemahaman akidah tidak terlepas dari kontruksi manusia, konsep penghayatan manusia tentang Tuhan. Dalam hadis disebutkan ” ana ’inda adz- dzanni ’abdi bihi” artinya bahwa saya (Tuhan) itu bisa dipersepsikan macam- macam menurut persepsi manusia.” ketika manusia memperepsikan tuhan sebagai sebuah kekuatan tertentu, nama- nama tertentu, kemudian dengan agama tertentu seperti agama Islam sebagai agama satu- satunya jalan untuk memahami Tuhan. Dari kontruksi pemikiran seperti itu kemudian muncul apa yang sering disebut klaim kebenaran (truth claim). Cara seperti  sayalah yang paling benar dalam memahami Tuhan, sementara yang lain salah. Ketika argumen kita (Islam) dikemukakan terhadap agama Kristen, mereka mungkin mengatakan itu adalah salah.                            Karena menurut mereka yang Esa itu bisa dalam berbagai macam hal. Misalnya dalam Islam ada yang namanya asmaul husna, Dia tidak hanya tiga tetapi sembilan puluh sembilan. Apakah kita akan mengatakan Tuhan itu ada sembilan puluh sembilan.
            Kita pahami bahwa Tuhan itu satu, tetapi nama Tuhan itu bermacam- macam. Bahkan ada sebuah buku berjudul ” satu tuhan banyak nama” . dan perlu ditegaskan bahwa Tuhan itu satu, hanya persepsi dan penghayatan manusia tentang Tuhan yang bermacam- macam. Jadi yang disebut akidah adalah lebih banyak merupakan kontruksi nalar manusia tentang Tuhan. Semua orang meyakini bahwa Tuhan itu Esa.
            Jadi pluralisme memberikan pemahaman secara teologis kepada manusia untuk bisa menerima perbedaan, dimana perbedaan itu yang menjadikan manusia bisa berbuat arif dan bijaksana terhadap orang yang berbeda dengan kita secara teologis.

Pencapaian Islam Rahmatan Lil Al-Alamin
            Diawali dengan pertanyaan bagaimana kita bisa hidup damai bersama orang yang berbeda agama? Pertanyaan ini adalah bentuk penciptaan strategi untuk menciptakan kerukunan antar umat  beragama. Menumbuhkembangkan toleransi dan pluralisme melalui pemahaman agama yang baik dan menyeluruh. Karena Islam sendiri merupakan agama yang sifatnya rahmatan lil ’alamin. Jangan sampai agama dijadikan alat politik untuk meraih jumlah umat yang banyak, atas nama melakukan dakwah.
            Dalam konteks keagamaan, problem yang sering kali muncul adalah ketika kita sering menemukan fenomena dakwah demi menyebarkan paham keagamaan, namun kemudian dianggap sebagai kebenaran itu sendiri. Sementara orang lain sering kita anggap salah, orang yang perlu kita selamatkan, dan orang yang harus ditarik kejalan yang benar. Cara pandang seperti ini akhirnya tidak lagi menyelaraskan antara satu agama dengan agama lainnya. Tetapi malah mendestruksi tatanan masyarakat yang ada. Yang akhirnya yang muncul adalah pertikaian, saling caci, bunuh membunuh.
            Pemahaman pluralisme dan liberalisme adalah sebuah manifestasi terhadap penghayatan nilai-nilai kemanusian. Banyak orang melupakan bahwa ketika kita membela manusia tidak dianggap sebagai bentuk pembelaan terhadap Tuhan. Dalam hadis dikatakan bahwa ” barang siapa yang mengenali dirinya, maka ia mengetahui  Tuhannya”. Makna bebasnya ketika orang mampu menghayati nilai- nilai kemanusiaan dan membela manusia dan nilai- nilai kemanusiaan, maka ia sama dengan membela Tuhan. Atau kita kenal dengan hablu minannas  dan hablu minallah, itu adalah konsep keseimbangan antara membela Tuhan dengan membela manusia.
            Membumikan  pluralisme, untuk menghindari klaim kebenaran yang disebabkan oleh egoisme sektoral keberagamaan.  Dari hal itu, kita sering mendengar kata agama ardhi dan agama samawi, agama yang diciptakan manusia dan agama yang diciptakan Tuhan. Kategorisasi semacam ini juga menjebak kita, karena si pembuat kategori tersebut berangkat dari keinginan hanya agama samawi yang benar dan diluar sana salah. Agama Islam, Yahudi, dan Nasrani itu adalah agama samawi, sedangkan budha, konghucu, dan agama lainnya adalah agama ardhi, yang dianggap tidak benar.  Agama apapun sesungguhnya memiliki keyakinan dan penghayatan yang terhdap sesuatu yang serba Maha. Hal ini adalah inti dari agama. 
Ketika bebicara tentang pluralisme dalam tataran kitab suci, Alquran atau kitab yang lainnya diantaranya Injil pun berbicara mungkin hanya 10 persen berbicara anjuran tentang bagaimana mengasihi Tuhan, sementara 90 persennya membicarakan untuk mengasihi sesama. Contohnya dalam al Kitab ” kasihilah Tuhanmu seperti engkau mengsihi sesamamu”. Kata sesama tidak berarti orang kristen, tetapi juga di luar kristen. Dan didalam al Quran pun kita mengetahuai bahwa hablu minannas  itu lebih banyak disinggung.
Islam sangat jauh sekali mengatur umatnya sehingga dalam berhubungan dengan agama lain tetap diikuti dengan semangat memperkuat tauhid. Ada tiga ukhuwah yang dapat membina hubungan antar umat beragama. Pertama, ukhuwah ’ubudiyah yaitu persaudaraan internal umat Islam. Kedua, ukhuwah basyariyah atau insaniah yaitu persaudaraan antar- sesama manusia. Ketiga, ukhuwah wathoniah yaitu ukhuwah yang berlandaskan kebangsaan.  Dalam al Quran ketika kata ” aldzina amanu” akan di sandingkan dengan ” wa’amilu ash- shalihat” artinya kita sebagai orang Islam tidak arogan atau egois, selalu mementingkan ibadah pada Allah tetapi melupakan kondisi sosial sekitarnya.
Jelas bahwa penafsiran terhadap teks atau kitab suci zaman dahulu tidak terlepas dari kultur atau kondisi sosial, budaya, ekonomi dan politik. Kalau sekarang terjadi perbedaan keberagamaan lebih khusus lagi internal Islam. Mungkin itu sebagai substansi dari hadis nabi ” ikhtilafu ummati rahmat”.
Perlu dan seharusnya kita meyakini bahwa Tuhan kita memang benar tetapi kita tidak boleh menyalahkan orang lain bahwa mereka tidak benar atau salah. Sikap seperti ini adalah sikap inklusifisme yang perlu diterapkan dalam kehidupan, terutama dalam kehidupan sehari-hari dalam konteks kebangsaan. Ada sebuah cerita di zaman Nabi, ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Ishaq yang dikutip oleh Yusuf Qordowi dalam kitabnya ” ghoirul muslimin fi al mujtama’i al islami”. Disuatu waktu sekelompok orang Najran yaitu orang- orang Nasrani menghadap Rasulullah. Pada waktu itu Rasulullah dan para sahabat selesai menunaikan salat Ashar. Mereka masuk masjid dan melaksanakan semabahyang menurut cara Nasrani. Para sahabat bangkit dan marah dan berupaya mencegah mereka supaya tidak masuk masjid. Namun Nabi mencegah para sahabat ” biarkan, biarlah orang nasrani semabahyang kerena mereka juga menyembah yang satu juga”.  Ini adalah bentuk toleransi Rasulullah  terhadap perbedaan, dan sikap ini perlu diejewantahkan dalam kehidupan. Piagam Madinah sebagai tolok ukur  toleransi harus kita manifestasikan dalam kehidupan sehari- hari dalam konteks apapun.
Problem yang selalu dialami oleh bangsa Indonesia adalah permasalahan pemahaman terhadap teks atau kitab suci yang berimplikasi terhadap prilaku keberagamaan yang ekslusif. Hal ini dikarenakan pemahaman agamanya berdasarkan pemahaman zaman dahulu. Contohnya Islam, ketika Islam ingin berkembang, maka Islam harus bisa berdialog dengan tradisi lokal. Belakangan ini muncul semangat arabisasi. Indikiasinya berjenggot, bersorban atau pakaian takwa. Tidak mesti Islam akan berkembang dan maju dengan tradisi seperti, tetapi Islam harus masuk kedunia perwatakan masyarakat Indonesia. Dan dalam  peyebarannya, harus disesuaikan dengan kultur yang ada dimasyarakat. Itulah sebabnya Islam tidak bisa berkembang sesuai dengan konsep yang tercantum dalam al Quran. Selain itu juga islam di Indonesia sekarang belum bisa menyentuh ranah- ranah kebudayaan Indonesia dan juga hilang nilai-nilai kultural yang dilakukan Wali Songo dalam menyebarkan Islam. 
Dalam buku ini penulis berusaha meneropong cermin keindonesiaan dan mendialogkannya dengan berbagai isu yang hidup di tengah masyarakat. Selain itu juga penulis berusaha mensosialisasikan gagasan-gagasan dan konsep dialog kepada masyarakat secara luas. Selain itu juga penulis berusaha memberikan pemahaman terhadap masyarakat luas. Maka bagi masyarakat luas dan khususnya pelajar harus membaca buku ini sehingga mereka mampu bersikap pluralis terhadap keberagamaan di Indonesia.